Tuesday, January 13, 2009

....: Gazacaust :....

What is currently happening in Gaza right now is madness….just sheer madness. The amount of damage inflicted on the Palestinians by the enemy is totally disproportionate to the military capabilities of the Palestinians in Gaza themselves — a large majority of whom are civilians. The mujahidin have tried to strike back, but the death ratio is like 1 Israeli for every 360 Palestinian civilians killed. I certainly don’t buy the excuse that Israelis are “hunting down militants”. That is just an excuse to exterminate everyone living in that tiny strip of land called the Gaza Strip. They have been itching to do this for months and this was the perfect excuse for them to get away with it.

Rather than trying to describe the utter destruction that has been inflicted on Gaza for the last few days, I will let these images of Gazacaust do the talking.




Apa Yang Boleh Kita Lakukan?

  • MEMPERBANYAKKAN DOA SEIKHLASNYA KEPADA ALLAH SWT. ALLAH TIDAK LEMAH DALAM MEMBANTU HAMBANYA.."TUHAN TAHU TAPI MENUNGGU.."

Allahumma a-’izzal islama wal muslimin

(Ya Allah, muliakanlah Islam dan Muslimin)


Allahummansur-na ‘alal kaafiriin

(Ya Allah, tolonglah kami ke atas orang kafir)


Allahummansur ikhwanana fi Ghozza wa fi Falasthin

(Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin)


llahummansur mujahidina fi Ghozza wa fi Falasthin

(Ya Allah, tolonglah Mujahidin di Gaza dan Palestin)


Allahumma ya munzilal kitab

(Ya Allah yang menurunkan kitab iaitu Al-Quran)


wa ya mujriyas sahab

(dan yang menggerakkan awan)


wa ya haazimal ahzab

(dan yang memusnahkan Pasukan tentera kafir Ahzab)


ihzimhum (3x)

(musnahkan mereka!)


wansurna ‘alaihim

(dan tolonglah kami ke atas mereka)


  • BERI SUMBANGAN SEIKHLAS DAN SEMAMPU MUNGKIN. SUMBANGKAN KEPADA :
http://www.pacemalaysia.net/.

  • SEBARKAN MAKLUMAT YANG BENAR MENGENAI PERJUANGAN MUJAHIDIN PALESTIN, PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN, KEKEJAMAN ISRAEL DAN BANGUN MENYERU UMAT MANUSIA BERSAMA-SAMA DALAM PERJUANGAN MEMBELA ISLAM. DAPATKAN MAKLUMAT DARI :

http://www.palestinkini.info/,
http://ifamericansknew.org/.

  • BOIKOT BARANGAN AMERIKA DAN ISRAEL!
http://leokid.wordpress.com/2009/01/07/alternatif-boikot/.

  • MEMPERGIATKAN KELUARAN BAHAN EDARAN DALAM PELBAGAI BENTUK ( RISALAH, FLIERS, CD, DLL )


MOGA ALLAH MENGHANCURKAN MUSUH-MUSUHNYA, MEMBANTU MEMPERKUATKAN SAUDARA KTA, MEMPERKUKUHKAN RESISTENSI PARA MUJAHIDIN DI BUMI PALESTIN DAN MENGAMPUNI KITA KETIKA MASIH MAMPU KETAWA DI KALA ADA SAUDARA YANG BERLUMURAN DARAH DAN AIR MATA....



Monday, January 12, 2009

Dadah Yang Satu Ini

Boikot bukanlah idea sampah.

Biar pun ramai yang sinis dengan idea boikot ini, halaman web Israeli Products . Com (http://www.israeliproducts.com/) boleh menjadi salah satu jendela untuk kita menjenguk reaksi regim Zionis terhadap kempen boikot yang berlangsung di seluruh dunia.

"There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line. One in every three Israeli children is growing up poor- without enough food, without dental care, or shoes that fit. This store is our small attempt to make a difference. Our goal is to make high quality Israeli products easier to find and purchase for U.S. consumers. We urge our customers to support both America and Israel by purchasing MADE IN U.S.A. and MADE IN ISRAEL products whenever possible. "

Sebelum jatuh simpati kepada gigi dan kasut anak-anak mereka, fikirkan pula apa yang sedang dihadapi oleh anak-anak saudara kita di luar tembok tinggi mereka.
Boikot jangan dipandang sampah.


SAMPAH SEBENAR


Jika mahu bercakap tentang sampah, ia boleh dirujuk kepada manusia bercita rasa haiwan ternak (al-An’aam) yang tidak pernah peduli lagi mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sekitar mereka. Biar pun bedilan serangan pengganas Zionis menjamah 800 nyawa dalam tempoh dua minggu, di luar sana cukup ramai yang di sepanjang dua minggu ini hanya berfikir tentang penyanyi, pelawak dan pelakon yang ingin mereka menangkan.
Seakan-akan tidak ada apa-apa yang sedang berlaku di luar ‘dunia’ mereka.
‘Dunia’ yang hanya jadi begitu hasil ketagihan dadah.


Dadah yang dijamah oleh sebilangan besar masyarakat kita, bernama HEDONISMA.
Inilah dadah yang melumpukan akal fikiran dan hati nurani setiap manusia yang menjamahnya. Dadah yang merangsang pembentukan sebuah dunia lain yang tidak punya sebarang kaitan dengan dunia realiti.


Jika morfin merupakan dadah yang merangsang kesan sampingan berupa mimpi ngeri yang menyukarkan tidur penggunanya, maka hedonisma menjadi dadah yang mencipta mimpi indah yang menyukarkan jaga dan sedar penggunanya. Biar pun mata mereka celik, telinga mereka ada, dan jasad mereka bergerak biasa, mata itu hakikatnya buta, telinga menjadi tuli dan jasad menggerakkan tubuh mati tanpa jiwa dan perasaan… kesan sejenis dadah bernama HEDONISMA.


Pengedar dadah tidak menagih dadah. Pengedar dadah perlu menguruskan perniagaan besarnya yang mustahil terurus dalam keadaan dirinya menagih dadah. Penagih dadah, hanya terdiri daripada manusia bodoh yang hilang makna diri, miskin jiwa dan kabur pandangan hidup.
Penaja hedonisma juga tidak menagih hedonisma. Penaja hedonisma perlu menguruskan perniagaan besarnya yang mustahil terurus dalam keadaan dirinya menagih hedonisma. Penagih hedonisma, hanya terdiri daripada manusia bodoh yang hilang makna diri, miskin jiwa dan kabur pandangan hidup.


Penaja terbesar hedonisma adalah Hollywood.

Jika anda serius mahu memboikot produk yang menyokong regim Zionis, boikotlah produk Hollywood kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Zionis, malah ia juga menjadikan setiap penjamahnya berkulit Melayu bercitarasa Yahudi. Berwajah Melayu berselera Nasrani.


Berapakah penjanaan keuntungan siaran filem-filem Hollywood di negara kita?
Dari manakah keuntungan itu diperolehi, kalau tidak dari penagih hedonisma yang berada di kiri, kanan, depan dan belakang kita!


Dadah hedonisma ada kuasa mutasi. Bermula dari transformasi mereka sebagai manusia kepada binatang ternak, berakhir dengan menjadi biawak yang mengekor biawak lain masuk ke lubangnya, tanpa berlengah-lengah lagi.


“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadith riwayat al-Bukhari (3269) dan Muslim (2669)


Hanya penagih dadah sahaja yang memandang indah lubang biawak Yahudi dan Nasrani bernama hedonisma ini.


68000 AMPANG, SELANGOR

“Untukmu Palestin: Laa Tahzan Ma’aka Llah لا تحزن معاك الله”








Watch more YouTube videos on AOL Video

Khutbah Jumaat Keganasan Israel ke atas Gaza

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid - TERAS Pengupayaan Melayu.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah S.W.T.

“Allah suka orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur , mereka seakan-akan sebuah bangunan yang tersusun kukuh” Al Saff :4

Tepat dua hari sebelum sambutan 1 Muharam 1430Hijrah kita telah dikejutkan dengan berita keganasan Zionis Israel yang menyerang Tebing Gaza , di Palestin. Serangan dari puluhan jet pejuang udara F16 Israel yang dibekal oleh Amerika dalam hanya beberapa jam telah membunuh lebih dari 290 orang rakyat Palestin dan mencedarakn lebih 900 orang termasuk orang awam dan dikalangan kanak-kanak. Sehingga saat ini serangan maseh diteruskan yang mungkin diperhebatkan dengan serangan pusingan kedua iaitu dengan operasi tentera darat. Angka kematian kini sudah meningkat lebih 400 yang terbunuh dan lebih 2,000 orang yang cedera.

Umat Islam sekali lagi menyaksikan kekejaman tentera Israel , walaupun dalam keadaan hampir tidak mampu berbuat apa-apa. Ketika berita disiarkan di media massa , mayat-mayat saudara kita sudahpun bergelempangan di serata kota Gaza.

Serangan yang kononnya hanya untuk mensasar pusat tentera kerajaan HAMAS ternyata hanya suatu pembohongan besar. Yang jelas mereka melancarkan operasi mengebom tanpa had sehingga meranapkan universiti , masjid dan bangunan kediaman serta pejabat-pejabat resmi kerajaan. Lebih mengejutkan lagi setor ubatan dan bengkel kenderaan juga dibom.

Dalam suatu serangan , sekumpulan 7 orang pelajar Universiti yang sedang menunggu bas untuk pulang terbunuh bila mereka dibom oleh jet tentera udara Israel. Puluhan kadet polis yang sedang menghadiri acara penyerahan sijil tamat latihan juga terbunuh dalam serangan ditempat yang lain.

Gaza benar-benar berdarah pada hari Sabtu 27hb Disember itu. Serangan itu rupa-rupanya berterusan sehingga hari kedua yang mengakibatkan bertambah bilangan yang terbunuh.

Dalam keadaan ini nampaknya seluruh organisasi dan agensi antarabangsa seperti OIC , PBB dan EU hanya menjadi penonton. Mereka seolah-olah hanya bersuara secara retorik kosong tanpa dapat menghentikan keganasan Israel. Selain hanya kutukan dan kecaman , tidak ada sebarang tindakan untuk menghentikan keganasan Israel. Rakyat Palestin terus menjadi sasaran untuk dibunuh dalam operasi genocide besar-besaran oleh tentera Zionis Yahudi.

Seperti biasa Amerika tetap terus menghalalkan tindakan zalim Israel malah secara terang-terangan menyokong Israel dengan alasan Israel berhak mempertahankan dirinya.

Lebih menyedihkan lagi pemimpin-pemimpin OIC maseh tidak bertindak secara konkrit untuk mempertahan nyawa umat Islam Gaza. Kecuali segelintir kecil pemimpin Negara-negara Islam , umumnya menjadi boneka kepada telunjuk kuasa Barat terutama Amerika. Ini termasuk kebanyak pemimpin Negara-negara Arab di Asia Barat.

Dalam keganasan Israel yang terbaru ini , Mesir menjadi alat paling menjijikkan kepada Israel dan Amerika. Presiden Mesir , Hosni Mubarak nampaknya sebaris berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Zionis Yahudi iaitu Perdana Menteri Olmert , Menteri Pertahanan Ehud Barak dan Menteri Luar Livni. Mesir nampaknya sanggup bersekongkol dengan Israel bila Menteri Luar Israel , Livni berpelukan dengan Presiden Hosni Mubarak dalam lawatannya ke Mesir dua hari sebelum serangan dilancarkan. Malah Menteri Luar Israel itu sendiri menyatakan bahawa Gaza bakal berubah. Namun tiada pegawai tertinggi Mesir yang membantah atau bertanya apa maksud beliau.

Sidang Jumaat sekalian
Kita tahu mahu berita penderitaan umat Palestin bukan lagi suatu berita yang baru.
Akan tetapi umat Islam tidak harus hanya menjadi pemerhati dan tergamam dengan kezaliman yang bukan kali pertama ditunjukkan oleh tentera Zionis Israel.

Pencerobohan , sekatan dan kepungan terhadap Gaza sudah bermula sejak dua tahun yang lalu. Bagaikan sebuah penjara terbesar dunia , 1.5 juta rakyat Gaza kini dikepung oleh tentera Israel disatu pihak dan sempadan Mesir yang ditutup oleh kerajaan Mesir di satu pihak yang lain. Akibatnya seluruh ekonomi Gaza dilumpuhkan. Ramai kanak-kanak sudah terkorban kerana tidak cukup ubatan , hampir separuh penduduk Gaza menganggur. Banyak prasaranan dimusnahkan oleh tentara Israel .Tidak cukup dengan penderitaan itu , bekalan makanan juga disekat tentara Zionis Laknaktullah itu..

Yang sangat menyakitkan ialah apabila Mesir yang bersempadan dengan Gaza tiba-tiba menjadi alat murahan kepada Israel dan Amerika bila ia menutup laluan keluar dan masuk iaitu Rafah di selatan Gaza . Akibatnya rakyat Gaza tidak dapat mencari kawasan selamat di Mesir. Semenjak setahun yang lalu lagi rakyat Palestin di tebing Gaza yang sempat keluar ke Mesir tidak dibenarkan pulang ke Gaza dan mereka yang didalam Gaza tidak dibenar masuk ke Mesir.

Kini keadaan mereka menjadi sangat menyedihkan apabila situasi rakyat Gaza seolah-olah berada seperti nyawa-nyawa ikan.. Tidak dibenarkan memasukki Mesir untuk mencari bekalan ubatan dan makanan , dalam masa yang sama juga tidak mendapat bekalan dari luar. Ertinya mereka dipaksa mati perlahan-lahan.

HAMAS sebagai sebuah kerajaan yang dipileh secara sah oleh rakyat Gaza menjadi sasaran Israel yang didalangi oleh Amerika . Matlamat mereka semakin jelas , jatuhkan kerajaan HAMAS dan takluk Gaza.

Dosa rakyat Palestin Gaza hanya satu. Iaitu memenangkan HAMAS dalam pilihanraya yang dianggap paling demokratik di kawasan dunia Arab. Bermula pembunuhan pengasas HAMAS Syeikh Ahmad Yassin , kemudian Dr Abdul Aziz Rantisi , kini pemimpin-pemimpin HAMAS yang lain dijadi sasaran.
Versi kedamaian yang dimahu oleh Israel hanya satu iaitu Palaestin hanya berhak untuk berdiam diri sementara Israel berhak menyerang mereka habis-habisan.

Sidang Jumaat sekalian,
Adalah menjadi kewajipan kita untuk bangkit dan menyatakan kemarahan kita dengan jelas. Apakah umat Islam hanya mahu menjadi penonton tatkala kita mendakwa bahawa kita adalah bersaudara sedangkan darah saudara kita mengalir setiap hari di Gaza? .
Mungkinkah kita sanggup hanya mengeleng kepala menyaksikan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin padahal kita mengaku beriman kepada ayat Allah bahawa setiap orang mu’min dengan mu’min yang lain adalah bersaudara.?

Dengan keadaan serangan yang dijangka akan berterusan dan pemimpin-pemimpin Islam diseluruh dunia nampak sangat lemah dan lesu , maka umat Islamlah yang perlu bangkit bersatu untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza dan diseluruh Palestin.

Kita tahu benar bahawa setiap darah yang mengalir dari tubuh saudara Islam tanpa hak mesti dibela . Kita juga tahu bahawa umat Palestin sedang menunggu pembelaan kita sejak 60 tahun yang lalu lagi. Penderitaan mereka sudah bermula sejak 1948 lagi bila Israel dengan angkuhnya ditubuhkan. Semenjak itu lebih 4 juta orang Palestin telah menjadi pelarian didalam dan diluar Palestin. Kehiduapan yang sangat perit sedang dialami oleh saudara-saudara kita sejak sekian lama. Tanah mereka dirampas , rumah kediaman dan kebun mereka dimusnahkan , anak gadis dan perempuan mereka di rogol dan didera, pemuda mereka ditangkap , diseksa dan akhirnya ramai yang dibunuh di penjara Yahudi , hak hidup mereka dinafikan sehingga mereka hidup dalam keadaan sangat hina .

Sidang Jumaat dan saudara-saudaraku sekalian ,
Marilah kita bangkit untuk membela kezalimaan yang berlaku ke atas saudara-saudara kita di Gaza sekarang. Jika ada yang bertanya apa yang kita boleh lakukan maka mimbar hari ini menyenaraikan beberapa langkah yang boleh kita laksanakan tanpa lengah :

  1. Mengadakan solat hajat khusus untuk berdoa kepada Allah S.W.T. supaya diselamat umat Islam di Palestin amnya dan di Gaza khususnya. Doa nazilah khas untuk memohon agar Allah membantu kaum Muslimin serta menghancurkan musuh Islam hendaklah kita ungkap bagi setiap peluang dalam ibadat kita.

  2. Menyumbang dalam bentuk kewangan untuk membantu merengankan penderitaan rakyat awam Gaza serta membantu agar mereka dapat mempertahan diri mereka dari serangan penganas Israel.

  3. Melancarkan boikot kepada semua barangan , perkhidmatan mahupun acara-acara sosial Amerika dan apa sahaja yang berkait dengan kepentingan Amerika dan Israel. Ini boleh dilakukan dengan memperhebatkan boikot terhadap barangan dan makanan keluaran Amerika yang kita dapat mencari alternatif yang lain. Kuasa pengguna seluruh umat Islam perlu digembleng semaksimanya .

  4. Melaksanakan tunjuk perasaan aman untuk menyatakan kemarahan dan ketukan kita terhadap kezaliman Israel dan Amerika yang bersekongkol dengan Israel disebanyak mungkin tempat..
    Mengadakan penerangan disemua Masjid , surau , pejabat , sekolah , maktab dan universiti bagi menjelaskan isu kezaliman Israel di Gaza sekarang ini dengan tujuan meningkatkan sensitiviti dan keperihatinan umat Islam untuk bangkit berjihad menentang keganasan Zinis Yahudi .

Inilah yang paling minima yang dapat kita lakukan . Marilah kita lakukan sedaya yang kita mampu agar kita dapat menjawab kepada Allah S.W.T. dan menebus dosa kita terhadap kelekaaan kita dimasa yang lalu.

“Orang-orang kafir suka kalau kamu alpa terhadap senjata dan harta benda kamu lalu mereka menyerbu dan menyerang kamu seklaigus” An Nisa : 102