Hari ni, saya mendapat hadiah dari salah seorang pesakit. Beria-ria dia mahu hadiahkan sebekas biskut almond yang diimport khas dr Macau. Nampak sedap bangat, tapi kerana meragui status kehalalannya, saya berikan pada seorang teman berbangsa cina. Tapi, bekasnya saya simpan kerana terlalu cantik.
Ramai pesakit yang mahu menghargai apa yang kami lakukan dengan memberikan pelbagai hadiah. Saya masih ingat Mak Cik Aisyah yang begitu prihatin, memasakkan lalu menghantar rending , ketupat dan lemang sehari sblm raya, hanya kerana saya tidak dapat pulang bercuti di kampung. Begitu juga dgn Uncle Lee, uncle police yang beberapa kali menelefon bertanya khabar dan menawarkan untuk membelanja saya dan rakan-rakan makan diluar.
Selalu saya nyatakan bahawa, kami tidak minta begitu. Tidak pernah tercuit walau sedikit pun untuk mendapat imbuhan manusia dari apa yang dilakukan. Tiada yang saya harapkan melainkan Allah redha kepada apa saja yang saya lakukan. Jika buruk, mohon diberikan kesedaran dan ruang perubahan. Jika baik, mohon diterima amal dan sedikit ganjaran kebaikan itu dihadiahkan buat ayah dan bonda yang mendidik dan membesarkan.
Secara peribadi, saya mengakui besarnya cabaran kerjaya ini. Berhadapan dgn diri, rakan sekerja yang bermacam ragam, manusia yang sakit, keluarga pesakit dan juga dgn Allah yang Maha Memerhati. Setiap kali menyarung uniform, saya benar-benar merasai getarnya. Setiap hari cabarannya berbeza. Maka, tidak pernah sekalipun, saya terlupa mendoakan agar Allah memberi dan menambah kebijaksanaan bagi saya mengurus emosi dan pekerjaan. Walau jauh di sudut hati, setiap hari saya terasa sukar dan semakin sukar namun, saya selalu mendapat ubat yang mudah dan mujarab. Anda akan merasainya jika berada di tempat saya... satu senyuman pesakit itu akan memberi sejuta bahagia.
Adakah yang lebih baik dari membuatkan orang lain tersenyum dan gembira? Alhamdulillah, Allah memberikan saya ruang utk itu dan terus memberikan lagi ruang utk itu. Semoga Allah mengizinkannya untuk hari ini dan seterusnya. Amin
No comments:
Post a Comment