"keluarkanlah kaummu dari gelap gelita ke dalam cahaya terang benderang.." [14;5]
Thursday, November 27, 2008
Wednesday, November 26, 2008
~Ku Jemput Jodohku~
Bila Dirinya Yang Didamba Ternyata Bukan Sebaik-baik Pilihan,
Kan Kutemukan Pujaan Baru Untuk Kubawa Ke Gerbang Pernikahan.." - Ku Jemput Jodohku
Kaya Tidak Percuma
Adakah kejayaan yang boleh dikecapi begitu? Percuma? Sudah tentu tiada… Untuk memperoleh kejayaan, buah mulanya adalah usaha. Itu yang memperkayakan kita di sisi Allah mahupun manusia…Natijah dari usaha itu milik Allah. Jika benar, bahagian anda dalam bentuk kekayaan material, pasti.. Kekayaan itulah yang bakal anda kecapi. Tapi, mungkin saja kan, ianya datang dalam wajah yang berbeza…tenang jiwa barangkali..mungkin juga kaya barakah..barakah yang menghantar kepada anda kekayaan lainnya…wah, 2 kali kaya (^_~) Tetapi, jika pekerjaan anda tidak mulai dengan usaha, anda bukan sahaja miskin di sisi Allah, bahkan di sisi manusia. Alangkah ruginya anda. Benarlah amaran Allah...Benarlah janji Allah.. “orang yang rugi ialah orang yang merugikan dirinya sendiri..”
Tetapi, tidak sedikit di antara kita yang menjadikan dirinya orang yang rugi…Ramai yang mahu mendapat kesenangan dengan cara paling mudah, kalau boleh biar bergolek seperti bola. Biar melayang seperti debu di udara. Sedangkan, Allah telah berjanji bahawa nasib manusia akan berubah sekiranya kita berusaha untuk mengubahnya. Law of nature (sunnatullah) juga menyediakan jawapan nyata, mereka yang berusaha (tanpa putus asa) tidak akan kecewa. Tetapi, mereka yang culas akan tewas.. Lihatlah dengan saksama, orang yang berjaya di sekeliling kita melalui tahap bangun jatuh dan penghinaan yang pelbagai. Namun, mereka tidak berhenti berjuang. Mereka bermimpi dan berusaha menghidupkan mimpinya menjadi nyata. Tetapi, orang yang tidak mahu berusaha bermimpi dan menolak untuk terjaga semula. Akhirnya, mereka seolah-olah hidup dalam dimensi berbeza dan jauh ketinggalan dalam mimpi-mimpinya. Orang-orang sebegini umpama mendongak melihat ke bangunan tinggi. Puncaknya di hujung mata, terlihat, namun tangannya tak tergapai…untouchable.
Eh, tapi saya terfikir. Mimpi-mimpi sebegini boleh dijual. Beribu-ribu orang sanggup membeli mimpi dengan harga jutaan dan ratusan orang dengan cerdas memperkemaskan mimpi ini menjadi program-program yang menarik. Beratus-ratus buku telah dikeluarkan dengan pelbagai judul. Ada yang membicarakan cara mudah menjadi kaya, jadi kaya dalam sekian jam, sekian hari. Beratus-ratus laman web juga membicarakan hal yang tidak jauh berbeza. Kita diajak mengunjungi laman yang penuh kata-kata motivasi, dengan laporan akhbar kejayaannya ( disamarkan, entah ya entah tidak), kemudian, kita diarah untuk memasukan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu. Atau kita digalakkan membeli buku manual bagaimana untuk menjadi kaya sepertimana mereka yang telah berjaya. Ada yang lebih kemas lagi, muncullah seminar dan bengkel yang dijual dengan harga ribuan ringgit. Semuanya untuk satu perkara : kapitalisasi mimpi. Tetapi sayangnya, anda tetap tidak kaya, sebaliknya memperkayakan para penjual mimpi anda. Lalu bagaimana?
Belajarlah dari sejarah orang yang telah berjaya di sekeliling kita. Malah sangat berjaya di usia muda. Sebahagian mereka melihat realiti di sekeliling dan berusaha bersungguh-sungguh sesuai dengan kebolehan yang dimiliki. Hakikatnya, keberjayaan mahupun kekayaan ialah berusaha keras bukan keras berusaha. Tidak ada alasan menjadi kaya hanya dengan bermimpi dan memperkayakan para penjual mimpi. Berpijaklah di bumi nyata. Lihat di sekeliling kita, lihat di pasar-pasar, begitu ramai orang berusaha menawarkan barang dan jasa, mengerah butir-butir keringat menjadi kepingan ringgit. Tetapi, masih belum berjaya menggapai impian. Bagaimana mungkin dengan goyang-goyang kaki sahaja di rumah akan memenuhkan poket anda? Usah bicara soal strategi bisnis disini…Strategi anda tidak akan dapat melawan keadilan dan janji Allah. Jika benar anda mahu segera kaya, bangunlah, lantas berusaha gigih dan berdoa. Saat ini juga!
Tuesday, November 18, 2008
~ Di situ Ada Kebaikan Baru~
Proposal yang saya tulis kemas itu, tidak sempat bertukar tangan. Masa telah berlalu, saya masih menyimpan proposal nikah yang saya tulis dengan penuh harapan. Penuh keikhlasan. Sekarang, ianya tidak berguna lagi buat saya. Tetapi, nak dibuang, seolah masih terasa lelahnya aqal yang berfikir dan lenguhnya tangan yang menulis. Saya menyanyangi proposal itu beserta kenangan-kenangannya. Oleh itu, saya simpan kemas di dalam kotak khas kuning diraja (^_~). Subhanallah…rupa-rupanya, Allah berkehendak memberi kebaikan apabila Dia menahan diri saya dari membuangnya. Allah mahu menjadikan proposal itu bahan manfaat dan bantuan bagi Hidayah, tidak langsung ianya buah kebaikan yang cukup manis bagi saya.
Hidayah ialah sepupu rapat saya di Syria yang telah bersedia untuk bernikah tetapi belum mendapat keizinan keluarga. Dia membulat tekad berikhtiar menggunakan proposal nikah itu untuk melembutkan hati keluarga, hanya disesuaikan dengan kondisinya yang berbeza. Setelah 3 tahun mencuba pelbagai cara untuk memenangi hati Pak Chaq dan Mak Chaq, Hidayah andaikan ini usaha terakhirnya untuk berkahwin sekarang. Baru-baru ini, Hidayah menelefon saya dari Syria, memaklumkan bahawa dia akan pulang Disember ini untuk bernikah di kampung. Alhamdulillah, perjuangan panjang Hidayah dan si dia pilihan hati (^_~) untuk memenangi hati ibu dan baba Hidayah akhirnya bakal menemukan mereka sebagai suami isteri.
Sesungguhnya, saya percaya keikhlasan yang tulus akan melahirkan solusi. Ianya merupakan bantuan Allah swt melalui cara yang telah dikhaskanNya untuk mengeluarkan hamba pilihanNya dari kemelut permasalahan. Subhanallah…Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Malah, Allah Maha Memberi Kurnia, memenuhi kehendak manusia seolah-olah kita tidak pernah melakukan dosa dan keingkaran terhadapNya. Allah tambahi pula kurniaNya dengan keperluan dan kadangkala ‘ketidakperluan’ kita. Segalanya adalah format bantuan dari langit yang selalu dibuka selagi kita membuka pintu hati untukNya. Setiap yang diberi merupakan bantuan dan merupakan ruang kebaikan baru buat kita. Meski kebaikan itu bukan dalam premium manusia.. Meski kebaikan itu terlihat sebagai keburukan di mata manusia. Kebaikan itu tetap ada disitu, selagi kita mahu memahami, selagi kita mahu menerima..
Hidayah, Hidayah... Saya boleh melihat lesung pipit Hidayah yang sedang tersenyum simpul membaca namanya disebut berulang kali..(^_~) Mabruk ‘alaih…insyaAllah, Ya do’akan Hidayah dan si dia dipertemukan dalam barakah dan keredhaanNya.. selamat berkhidmat dalam ketaatan dan selamat berlari ke syurga…(^_^)
Friday, November 14, 2008
Buckled Up!
Tuesday, November 11, 2008
~Pelajaran Besar Dari Si Kecil~
Pernah anda dengar, apabila ada seeokor semut berjalan berputar-putar atau zigzag, sebenarnya semut itu on duty mencari bahan makanan untuk kelompoknya? Sekiranya ada makanan, sang semut tidak akan menghabiskannya atau mengangkatnya sendirian. Ia akan berputar-putar untuk mengukur dan menghitung, agak-agak berapa team semut yang diperlukan untuk mengangkat makanan tersebut.
Saya kira cerita yang pernah saya dengar ini, mainan atok-atok, cerita-cerita comel sebagai hiburan untuk disampaikan pada anak cucu. Tapi, rupa-rupanya kenyataan itu disokong oleh insectologist yang saya lihat di Discovery Channel. Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat makanan, sang semut akan berjalan lurus dengan melepaskan sejenis chemical melalui ekornya. Itulah yang menjadi navigation line bagi semut pekerja yang akan melaluinya dengan disiplin. Hanya jalan itu sahajalah yang akan dilaluinya. Hanya itu.
Tidak percaya? Anda boleh cuba meletakkan sekeping cokelat atau taburan gula di tepi garisan semut itu. Mereka tidak akan tergoda. Dengan begitu tepat mereka menggunakan intuisinya yang mengajarkan kepada manusia, inilah namanya disiplin. Mereka tidak bersuara, namun bekerja. Mereka menimbun logistik untuk musim yang lebih panjang dari usia mereka, bukan untuk kepentingan diri. Di sini, sifat individualistik tiada tempat sama sekali. Agenda besarnya ialah agenda bangsa. Maka segala apa yang dilakukan adalah untuk kaum dan bangsanya ( bangsa semut? ;p ).
Bagi sang semut, tujuan dan sasaran mereka jelas. Amal jama’i mereka mantap, disiplin mereka tinggi. Entah bagaimana, seeokor semut telah siap dengan kepala dan taring yang besar untuk memenggal kepala semut yang terangsang mengambil makanan di luar navigation line. Lihat, betapa mahal harga yang perlu dibayar akibat tindakan liar semut yang engkar.
Itulah Naml. Semut yang disebut-sebut di dalam Kitabullah. Ada lagi sejenis binatang yang juga dimuliakan Allah di dalam kitab sucinya. Itulah Nahl (lebah). Sejenis serangga yang ‘bersuara’, yang diperintahkan untuk membangunkan tempat tinggal di gunung-gunung, di pohon-pohon dan rumah-rumah manusia (an-Nahl:68) Mereka diperintahkan untuk memakan makanan yang baik-baik dan menghasilkan yang baik-baik lagi berguna untuk kesihatan dan penyembuhan. Mereka berdengung di sarang seperti pasukan mujahid muslim di zaman Rasulullah saw, mendengungkan zikir di malam hari setelah sepanjang siang hari mereka hidup dengan semangat dan kesungguhan jihad membela kebenaran. Mereka, si kecil yang sama sekali tidak suka menganggu, namun anda jangan cuba-cuba mengganggu, mereka akan datang full team untuk memberi peringatan, membalas setiap serangan!
Begitulah muslim. Muslim yang tidak bersengat bekerja seperti semut dan yang sudah bersengat berjuang bagaikan lebah. Adakah kita muslim itu? Atau sekurang-kurangnya salah satu dari kedua-dua itu? Kita mampu menjawapnya dengan jujur...
Allah Ta’ala A’lam
Sunday, November 9, 2008
~ Warm Madam Hasnah ~
Friends, if you’re reading this, please try to pull yourself together..
Well, it’s Madam Hasnah. Madam Hasnah is an extremely devoted teacher.. A very warm woman.. She never taught me.. In the school I graduated from she taught.. She taught my brother and touched him in a way that no other teacher did.. When I was in high school, I remember her befriending me and giving me all those girly li’l advises secretly.. She’d always leave me with this peaceful feeling that I hardly felt with anyone else.. After years, I used to see her in the mosque.. She’d always tell me what a special girl I am and how proud she is of me.. She used to tease her girls around by praising me and wishing they’d be like me someday..
I ever taught in SMKKM as a part-timer teacher for only one month (2005). During that month, Madam Hasnah used to call me and ask me to sit with her in that room and whisper all beautiful things to my ears.. A couple of days before leaving MY school, she wrote me this beautiful supplication and asked me to always recite it and keep her in my prayers.. I promised her that and took this li’l paper and stuck it on my bed and I read it almost every night before sleeping.. Ever since I left the school, she’d send me a message on my cell every now and then and by mistake send it to strangers and tell me how much she hates technology.. I remember once, she was sending me do’a that she especially wrote for me and by mistake sent it to a man.. That man called her and asked her who’s this Nadiah you’re so much in love with.. She told him accept that do’a and pray for Nadiah:)
Just today, my friend called me and told me that she’s left this earthly life, after two weeks of testes and shocks of suddenly discovering this sickening cancer that has spread and weakened her whole body.. I hope that brief pain she had wiped off her sins.. And no, I won’t call this a loss.. She’s not a loss.. She’s living in hundreds and hundreds of beating hearts.. Madam Hasnah is and will always be in my prayers.. I’ll never forget her hugs.. Her body was petite, but her hugs were very strong squeezes that’d get to your soul and nourish it with strong bright light…
I'm glad that the last image I have of her was that last time I met her in the mosque.. Little did I know that was the last glimpse.. Last hug.. Last goodbye.. :(
What even made things harder for me today, is that some other sad news were delivered to me.. My friend told me, Madam Hasnah has a very sick mother.. She’s been suffering from cancer for a number of years now.. And lately, it’s been discovered that it has spread and reached her spinal cord.. This mother is one of the strongest women I’ve ever met.. She’d be in pain and tears would roll down her cheeks without a sound.. But for the past two weeks, the pain has grown so much, to the limit that causes her to scream almost continuously..
Whoever may be reading this, please, please, please do remember these two souls and pray for them and ask Allah to grant them peace.. We never know what might happen to us, or to our beloved ones this very next instant… so, just pray!
Seputar Kisah Hijab
Begitu banyak yang boleh dibicarakan tentang hijab, sebanyak manfaat yang boleh diambil dari perintah kewajipan berhijab DENGAN SEMPURNA. Saya sekadar menyentuh sedikit dari sekian banyak ranting-ranting kupasan berkenaan hijab ( baca lebih lanjut tentang hijab : http://hamimanhamima.blogspot.com/). Secara peribadinya saya berpendapat hijab dan kesucian adalah dua nilai luhur yang selalu berdampingan di tengah masyarakat. Hijab adalah aspek zahir, sementara kesucian adalah kondisi batin yang memiliki kerencaman dimensi. Hijab bagi wanita muslimah adalah pilihan untuk menyucikan masyarakat, memperkukuhkan keluarga, memelihara harga diri dan posisi wanita. Di samping itu, hijab diwajibkan Allah swt untuk mengatasi masalah yang universal dan mendasar. Islam ingin membatasi segala bentuk kelazatan seksual, secara visual, sentuhan dan lain-lain hanya terbatas di lingkungan keluarga dan dalam ikatan pernikahan yang rasmi. Kaum wanita muslimah diperbolehkan berkumpul dengan lelaki bukan muhrimnya ketika bekerja dan beraktiviti sosial mahupun untuk kerjabuat agama. Dengan itu, hijab adalah kewajipan yang mampu menciptakan masyarakat yang sihat dan terjaga dari pereputan moral akibat percampuran lelaki dan wanita yang dibolehkan syara’.
Sebagai manfaat kepada wanita, hijab dapat meminimumkan perlecehan terhadapnya. Ada disebutkan di dalam hadith-hadith nabi, wanita ibarat setangkai bunga yang mewangi harum yang penuh kelembutan. Oleh kerana itu, kelembutan dan kesucianya harus sentiasa terjaga. Dalam konteks penjagaan inilah Allah swt menurunkan wahyunya melalui surah Al-ahzab, ayat 59.
Oleh itu, hijab bukanlah sesuatu yang perlu di takuti. Hijab sama sekali tidak membataskan seorang wanita melakukan pekerjaan rutinnya. Seperti kata Ghada, hijab sama sekali tidak menghalang kebolehannya untuk menyampaikan berita. Tidak sama sekali menghilangkan kebolehannya berkata-kata. Di sini, saya kira hijab adalah penegasan nyata untuk menjaga nilai-nilai spiritual dan aspek penting dalam misi menghidupkan kembali sistem moral. Lebih dari itu, hijab adalah kewajipan, bukannya pilihan!
Namun, larangan berhijab ini bukanlah perkara asing bagi kita akhir-akhir ini. Begitu masyarakat Islam terkesan sehingga Hari Hijab Sedunia telah diisytiharkan pada 4 September setiap tahun. Berkali-kali kita berhadapan dengan isu diskriminasi hijab (hakikatnya dskriminasi agama) ini berlaku di Perancis, Belanda mahupun mana-mana negara minoriti muslim lainnya. Malah saya percaya, di negara-negara majoriti muslim juga berlaku kes-kes sebegini, namun tidak begitu diangkat ke permukaan. Saya amat percaya, Malaysia juga tidak terkecuali! Saya sendiri berpengalaman tidak dibenarkan masuk ke Dewan Kuliah Pusat hanya kerana pada hari itu saya berjubah, tidak memakai pakaian rasmi negara (berbaju kurung). Hakikatnya, mengenakan pakaian muslimah bukanlah pokok persoalannya. Ini sekadar ketidakselesaan rasa atas perlambangan agama yang ditunjukkan. Ini adalah buah dari kejahilan dan serangan pemikiran ke atas umat ini sehingga melihat hodoh perkara fundamental Islam. Walau bagaimanapun, kisah Ghada dan Haia ini begitu menggetarkan kerana ianya berlaku di bumi kinanah, tanah pijak para anbiya’- Mesir yang mana majoriti penduduknya beragama Islam, dengan hampir 70% dari wanita muslimahnya mengenakan hijab.
Dari satu sisi, kita perlu mengakui bahawa serangan kapitalisasi dalam era post-modenisme dan neo-kolonialisme ini telah membuahkan pelbagai mazhab ‘isme’ lainnya yang menjadi pegangan dunia. Serangan pemikiran sebeginilah yang mewajahkan Islam sebagai sebuah ancaman merbahaya dan perlu dinyah-hapuskan sama sekali. Wanita dalam arus ini pula, tidak lain hanya sebagai komoditi seksual dan ekonomi. Tidak kurang, mereka dibonekakan sebagai sebuah pemanfaatan sosial. Namun, dari sisi lainnya, tidak dapat tidak kita perlu menerima bahawa inilah situasi ghurbah yang disebutkan baginda kesayangan, Rasullah saw. Keterasingan Islam pada hari ini, bukan sekadar sebuah kejelikkan bagi golongan kafir, bahkan Islam juga merupakan sebuah penolakan nyata bagi sebahagian umat Islam. Namun begitu, realiti ini bukanlah tiket untuk tidak berbuat. Agenda berbuat adalah pilihan Ghada dan Haia. Ia juga perlu menjadi pilihan kita kerana keseluruhan kita adalah al-Ghuraba’ di zaman ini.
Allah Ta’ala A’lam.
Thursday, November 6, 2008
:::....Farewell, She Left Us....::::
Al Fatihah
AYATUL HUSNA BINTI NUR NAJMUDDIN
2005
Born in Kota Bharu, Kelantan
2008
Passed away on November 5, 2008 at the age of 3
Dear Sis ‘Atiqah,
I'm sorry about your great loss..
I pray your daughter is in a better place..
I can't wait to see you & hug you & cry with you & promise you to meet with her in a better place & in a joyful time..
I’m sure you’ll always carry her heart with you, in your own heart.
Her struggle here was long, but will happily bring her to our long wanted dream, Jannah..
Tuesday, November 4, 2008
Spilt Dadih and Sweet Kiddo!
“Kak Ya, you won’t believe what happened.. I’ve been touched by an ‘angel’!”
There are still cute loving innocent 11 year olds living in 2008.. There are still sweet kids living in our world..here, the story for you…
Adik was in his school’s recess & just like me happens to love dadih.. He was having his dadih along with a egg sandwich & all of a sudden, this other kiddo ran so fast & hit adik’s arm causing the dadih to spill.. That kid never said sorry but only paused & then carried on running.. Now this kiddo isn’t our hero.. The innocent ‘angel’ I’m going talk about is still to come.. So anyway, adik gave that running kid the look & never said a word..
And there comes our hero.. This other, also 11 year old, ‘angel M’.. ‘angel M’ came from behind adik, placed RM1 in adik’s pocket & ran off.. Adik didn’t grasp what has just happened & said “hey” & then our ‘angel M’ turned around from a distance & waved with his hands saying “no problem!”
Adik didn’t believe it! He asked his classmate if he knows this ‘angel’ & he said that he knows him ‘coz he goes with him in the bus everyday.. So adik gave his friend RM3 & told him to give them to ‘angel M’ & wrote him a thank you note.. J
A 11 year old kid giving away his money.. It’s not a matter of having a billion ringgits, being rich or not.. It’s a matter of giving & sharing & caring.. And since when do kids care anyway? All I can say is that insyaAllah.. this ‘angel’ will do something to this world.. And even if he never does, he already did to adik and
Monday, November 3, 2008
Karya Seni di Televisyen Kita
Keasyikan kepada televisyen ini bukan fenomena biasa bagi kita. Bukan sahaja Nawwar yang baru pandai mengira 2+1 di sekolah..Malah, Mak Cik Timah yang sudah ber-anak 9 pun melekat rapat di hadapan TV tidak mengira masa..Siapa yang boleh lupa iklan tok wan yang tidak boleh berenggang dengan Astronya..Siapa yang boleh lupa kalimat keramatnya- macam-macam adaaa...Kini, ada pula tok yang pandai menyanyi lagu Hindustan sambil menyiram pokok bunga..Tok terlupa, sebaik-baik kalimat ialah menyebut nama Allah.. Indah zikir diganti dengan enak menyanyi...Namun, begitu kita tetap tertawa..Sehingga terlupa, hakikatnya dari semuda-muda anak sehingga setua-tua tok wan kita, semuanya sedang dieksploitasi begitu ramah sekali...
Itu cerita keasyikan kita dengan televisyen..Inti kepada cerita di televisyen itu bagaimana pula? Di kalangan teman-teman tidak jarang kita berbincang dan mendengar keresahan yang timbul bersangkutan dengan inti televisyen yang kelihatannya, tidak bergizi lagi buat rohani mahupun moral masyarakat. Makin dijamah, makin sakit, malah membawa ke tahap boleh ’mematikan’. Sekalipun ada rancangan-rancangan yang baik, namun jumlahnya masih relatif sedikit.
Saya tertarik dengan sebuah majalah yang dikirim Anto (sahabat Risalah dari Indonesia) suatu ketika dulu, antara yang terkandung ialah wawancara seorang tokoh perfileman Indonesia (saya tidak ingat namanya) yang banyak menggarap filem-filem berbentuk keagamaan sebagai tindak balas keresahannya terhadap kemunculan filem-filem yang sedia ada. Baginya, filem adalah medium efektif untuk menyampaikan pesanan-pesanan moral kepada masyarakat dan amat berpengaruh ke atas pembentukan karaktor masyarakat.
Secara peribadinya, saya bersetuju dengan pendapat beliau, saya cuba mengingati filem mahupun drama-drama yang berlambak menjengah kaca televisyen kita, memasuki kedalam gerbang rumahtangga kita, kemudian mempengaruhi isinya. Antara yang paling banyak kini adalah drama-drama dari Indonesia yang memaparkan kisah-kisah mistik. Seorang anak kecil misalnya, digambarkan mempunyai kawan pari-pari yang boleh membantu dan mengabulkan semua hajatnya. Begitu juga dengan cerita seorang wanita yang boleh bertukar menjadi siput dan kanak-kanak lelaki yang bersahabat dengan ikan emas ajaib. Ini semua amat tidak masuk akal, malah semua ini menyangkut persoalan Aqidah. Kanak-kanak akan merasakan seolah-olah pari-pari itu ada, bahkan anak-anak itu akan mempercayai ada kekuatan penolong selain Allah. Sekiranya mempunyai sebarang masalah, bukan Allah tempat mengadu sebaliknya pari-pari penolong. Selain dari kisah mistik, saya melihat kebelakangan ini seolah-olah ada kecenderungan yang berat di kalangan penerbit filem/drama untuk mengeluarkan cerita-cerita seram. Lihat sahaja lambakan bahan tayangan seperti Jangan Pandang Belakang, Congkak, Kekasihku Seru, Chermin, Susuk, Bilik no 13, Saka dan lain-lain. Malang sekali apabila anak-anak kita membesar dengan jiwa kerdil seorang penakut setelah dimomokkan dengan cerita-cerita picisan yang sebegini.
Anda masih ingat berita seorang kanak-kanak lelaki di China yang mati akibat membiarkan dirinya dilanggar kereta? Kanak-kanak malang itu membayangkan dirinya akan memiliki kekuatan luar biasa sehingga kereta yang merempuhnya tidak akan mencederakannya. Begitu juga dengan kisah yang berlaku di dalam negara kita suatu ketika dulu apabila seorang abang menikam adiknya yang berada di dalam buaian kerana meniru aksi yang dilakukan pelakon di dalam televisyen. Kisah-kisah tragis begini berlaku apabila kanak-kanak diajak untuk berfikir secara tidak rasional dan ganas. Sifat ingin tahu tanpa diseimbangkan oleh penilaian yang matang mendorong mereka mencuba segala apa yang dipertontonkan melalui kaca televisyen.
Begitu juga halnya dengan cerita-cerita remaja yang dihasilkan. Kisah-kisah remaja kurang membawa pesanan moral tetapi lebih kepada pengekploitasian dunia remaja yang huru-hara, asyik dengan nafsu dan cinta. Sebagai contoh, filem Rempit menggambarkan realiti dunia remaja yang terlibat dengan perlumbaan haram, dadah, seks bebas dan lain-lain masalah moral. Persoalannya, apakah selanjutnya dari itu semua? Pesanan moral apakah yang terbangun untuk masyarakat? Begitu banyak perkara-perkara sensitif dan negatif yang dipertontonkan seperti seks bebas dan gadis hamil luar nikah. Kesannya, kita menjadi semakin bertoleransi dengan panyakit sosial sebegini dan isu ini menjadi tidak tabu lagi di kalangan masyarakat. Biasa-biasa saja. Yang penting, jika anak gadis hamil luar nikah, gugurkan sahaja. Paling tidak, cepat-cepat dikahwinkan sebelum anak itu lahir.
Lari dari soal perfileman dan drama namun masih inti televisyen, di sana-sini, dimana-mana siaran televisyen rancangan hiburan, tarian, nyanyian, lakonan dan entah- apa-apa lagi sudah tidak mampu di bilang dengan jari. Begitu banyak datang silih berganti, tidak pernah putus ke udara. Bukan sahaja untuk golongan dewasa, malah rancangan hiburan ini juga telah diperluaskan ke daerah kanak-kanak. Mereka begitu asyik dengan hiburan yang melalaikan. Belas sungguh melihat anak-anak yang masih belum matang membuat pertimbangan dan penilaian dihenyak budaya hedonisme. Saya jadi teringat kepada seorang adik yang saya temui di Kuantan suatu ketika dulu. Adik saya ini sanggup berbasikal dari Gambang ke Kuantan (jarak yang cukup jauh) untuk menyaksikan Konsert Sure Heboh. Alasannya, mahu berhibur ‘sedikit’ saja. Andai saja dia tahu, hiburan ‘pain killer’ (sementara) ini tidak akan mampu menyegarkan jiwa dan perasaan melainkan melalaikan buat sekian waktu. Kemudian ketagihan hiburan itu akan datang semula, semakin menjadi-jadi. Akhirnya, ibarat kata Ustaz Pahrol Mad Juoi, sistem nilai akan berantakan. Di rumah, ada ibu dan ayah yang berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh, di sekolah ada ustaz dan ustazah yang mengajar supaya ingat kepada Tuhan, menutup aurat dan menjaga akhlaq. Namun, melalui media elektronik mereka diasak untuk menjana angan-angan, menumpukan perhatian kepada hiburan, mengalih minat dari belajar pada kemasyuran.
Begitulah sedikit gambaran tentang realiti karya seni yang dihasilkan ketika ini. Saya melihat karya yang dihasilkan belum cukup untuk membangun budaya bangsa berkaraktor. Namun, untuk mengubah keadaan ini, tidak cukup sekadar counter wacana. Karya mesti dibalas karya. Jika kerisauan yang ada terhadap hasil karya yang ada ketika ini, maka jawapannya ialah kita mesti menciptakan karya lain yang boleh menghilangkan resah gelisah itu. Karya tanding, bak kata Anto. Siapa yang akan mencipta karya tanding ini kalau bukan anak Malaysia yang tentunya mempunyai potensi dan minat dalam bidang perfileman. Yang paling penting, bukan sekadar minat perfileman tetapi harus ada visi yang jelas dalam misi menyelamat umat, menyediakan bahan sesuai pembangunan moral dan rohani yang sihat.
I'm Sorry Sir!
Sunday, November 2, 2008
Assala'mu'alaikum (^_~)
Assalamu’alaikum..
Akhirnya, saya kembali ke alam blog..:) Apa khabar dunia?? Ramai sahabat, sahabiah yang bertanya perkembangan penulisan saya. Kak Jumiah berkali-kali bertanya mengapa saya berhenti menulis? kata si Nila pula, blog saya sudah seperti hidup segan mati tak mahu dan bermacam-macam lagi...bukan begitu, saya si pucuk muda ini masih menulis, biarpun tidak segiat mana. Namun, lebih baik sedikit dari tiada, bukan? Lagipun, sedikit boleh jadi sesuatu yang cukup banyak bagi saya. Perkembangan terbaru, saya bersama dengan sahabat-sahabat JIM, dalam usaha ( masih di peringkat hampir pertengahan ) menghasilkan risalah ringkas untuk edaran 2 minggu sekali. Begitu juga dengan majalah Al-Mukhlisin bersama-sama The Quranic Group dan, tidak lupa juga UNIB..apa khabar ya UNIB? J sudah lama saya tidak bertanya khabar UNIB..Ini sedikit usaha kecil dengan sahabat-sahabat Ummah Aid...saya sekadar menghantar artikel kepada mereka..menempel, mengharap ’amal itu mendapat perhatian dan keihsanan dari Tuhan. Saya mendo’akan agar harapan dan usaha mulia sahabat-sahabat Ummah Aid itu dipermudahkan Allah. Begitu juga, saya mengharapkan kiriman do’a dari anda agar kerjabuat kita mendapat redha & bantuan Allah swt. J cik2, puan2, encik2 dan tuan2 guru saya dalam penulisan, yang sentiasa memberikan sokongan dan bertanya perkembangan penulisan saya-Kak Ina, Kak Zah, Kak Norimi, Kak Jumiah, Kak Sham, Abg Nuar, Abg Syakir, Abg Saufi, Abg Azim, Abg Khalid, Abg Saif, Abg Daus dan Abg Pijan, InsyaAllah..saya masih bersama-sama angkatan anda.. :O) terima kasih atas segala tunjuk ajar dan semangat. Do’a-do’a anda mengirimkan barakah menerbitkan kesungguhan di dalam diri saya untuk terus menulis...cumanya, sejak akhir-akhir ini, saya sendiri tidak pasti mengapa blog saya sudah jadi semacam anak tiri..tidak dipedulikan..:P ( mengapa anak tiri harus tidak dipedulikan? Anak tetap anak yang sentiasa ada ruang kepedulian untuknya) yang pasti..saya kini siap untuk menulis semula di sini...memandangkan saya semakin sukar bertemu dengan anda semua, kali ini saya bahagia untuk berkongsi kisah seorang Nadiah bersama anda...Moga ada barakahnya...insyaAllah..
Ramai juga kawan-kawan yang bertanya kemana saya menghilang...saya tidak kemana-mana, masih disini, bersama anda semua.. 3 hari yang lepas, saya menghubungi Kak Na di Sarawak. Bermula dengan itu, baru saya teringat, ada sahabat-sahabat yang terputus hubungan kerana saya telah menukar no tel yang baru... atau yang sebetulnya, atas kecuaian saya, sim card celcom yang digunakan dulu sudah hilang... dan kini saya menggunakan no digi- Pilihan yang Lebih Bijak J sayang sekali, nombor-nombor sahabat semasa di sekolah menengah-Ibrahim No 1 dan Matrikulasi Pahang-Matrikulasi Dalam Ingatan telah hilang. Mujur saya telah beringat-ingat sebelum ini dan membuat back-up..namun, masih banyak nombor yang telah hilang...
Apa khabar agaknya anak-anak usrah saya di kolej-kolej kediaman UPM dan UKM? Kini, saya merasakan seolah-olah ibu yang kehilangan anak-anaknya.. walau masih berhubung, ianya tetap tidak sama seperti sewaktu kita bertentang mata dan dapat bersentuhan menenangkan jiwa. Anda adik-adik yang terlalu istimewa, berjiwa berani, sihat naluri dan hidup rasa. Sejujurnya, banyak yang kita belajar dan terlalu banyak yang kakak pelajari dari anda..Sesungguhnya, kakak memohon keampunan dari Allah dan memohon maaf dari adik-adik sekalian sekiranya ada keculasan dan kelemahan kakak (dengan sengaja) dalam menyampaikan amanah...anda tahu, malah amat memahami bahawa kakak anda ini tidak dapat memberi banyak, namun telah menerima terlalu banyak dari anda. Terima kasih sayang, kerana menyediakan laluan untuk kita berlari ke syurga. Meski jalan ke kampung Syurga itu masih terlalu jauh, kita bersyukur jalan itu telah kita rintis, tinggal menghabiskannya dalam keizinan & keredhaan Allah. Mudah-mudahan kita berjumpa, berkampung dalam kemuliaan di atas sana. Amin..
Saya juga tertanya-tanya khabar berita Kak Wawa- azuwani (USM), telah lama saya mencari kemana kakak saya yang seorang ini menghilang. Saya merindui dan mengingati Kak Wawa sehingga termimpi-mimpi. Moga Kita berjumpa, berukhuwah semula.. Apa khabar Mawaddah dan Farhana di Johor Bharu, Fatin di Temerloh, Ain di Sungai Buloh, Suhila Sarwani di Pantai Dalam, Sarah di Banting dan Akma di Sabah? Aduh, saya benar-benar rindu anda semua...andai saja saya dapat terbang menemui anda! Begitu juga dengan sahabiah di Darun Najah (DN), Baitul Izzah (BI), Baitul Aishah (BA) ...Allahu Akbar..di mana saya boleh menjumpai kakak seperti anda semua..melalui pahit dan payah sehingga saya tidak merasai hari-hari yang berlalu semasa kita bersama.. Kak Sal, kakak saya yang sangat comel dan hemoi. Banyak perkara ’pelik’, ’comel’ dan ’nakal’ di malam hari yang kami lakukan bersama-sama, berdua..kenangan-kenangan itu membuatkan saya tersenyum sendiri. Kak Sal sentiasa menghiburkan saya..Usikan nakal saya tentang suaminya akan sentiasa di ingatan. Kini, semua itu menjadi modal kebahagiaan saya mengenangkan Kak Sal dan aura-aura cemburunya J Tidak lupa juga Zie dan Kak Diana yang selalu menjadi orang kuat saya jika ’dibuli’ oleh Kak Win dan Kak Sal. Mereka memancarkan semangat Kedahan yang begitu meluap-luap. Terima kasih kerana tidak pernah membuatkan saya berjauhan dari Kedah melalui cerita, bahasa, jiwa dan karaktor anda. Kak Win bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, saya merindui bihun sup dan nasi airnya..saya dahaga teh panas manis-manis buah Kak Win di tengah malam ketika kita belajar mahupun berkongsi cerita..:). Seolah-olah ternampak kelibat Kak Win yang paling rajin mengemas rumah dan menyusun atur perabot di DN. Tidak lupa, Abg Man (suami Kak Win) yang tidak jarang mengirim duit gajinya untuk warga DN makan besar. Jazakallahu Khairan Kathira.
Saya tidak pernah lupa pada Kak Ju yang kini berada di Tawau, Sabah. Kak Ju sudah mempunyai seorang cahaya mata yang subhanallah...sangat,sangat,sangat comel..Auni Auliya alias Juliana junior! Kak As, cikgu matematik yang bakal menimang cahaya mata bulan 12 ini- mudah-mudahan selamat dalam perlindungan Allah, Kak Na isteri Encik Solah yang lemah lembut mengajar saya membuat dadih, sehingga dadih itu kemudiannya menjadi sumber rezeki bagi saya-moga Allah membalas kebaikan itu dengan kebaikan yang lebih baik..Kak Ayu, sungguh tiada bahasa boleh menggambarkan kesabaran, kebaikan Kak Ayu kepada saya...Kak Ayu sanggup meminta tanah dari rumah seorang Indian uncle untuk menanam Pokok Duri Tujuh yang biasa saya jadikan ulam.. Hari itu, pulang ke rumah dari kuliah, saya lihat batang Duri Tujuh itu sudah ditanam di dalam pasu...Nur Idayu bt Abd Rasid itulah doktor peribadi, ibu, kakak, dan juga bank saya semasa sesak lagi terdesak. Sentiasa berbaik sangka dan mengajarkan kami semua berlapang dada. Dialah orangnya yang sentiasa santai merasionalkan saya. Sungguh hati saya luluh dengan kebaikan-kebaikannya...
Begitu juga Kak Su, superwoman, kamus bergerak saya yang bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Melaka minggu hadapan- Mabruk ’alaih, Kak Mariah yang sanggup datang ke DN walau pada malam hari semata-mata untuk belajar Adobe Photoshop dari saya- kesungguhan akak menjadi inspirasi kepada saya, Kak Fiesa yang sentiasa ceria, barangkali kesan dari minatnya membaca pelbagai buku motivasi, Kak Kathy yang seringkali membuatkan saya dan Kak Sal berfikir...tidak jarang menjadikan kami berdua kehairanan, Kak Nad minah Jepun yang bijak pandai. Saya tidak lupa bagaimana kita berhempas pulas menyiapkan bahan dan poster untuk kegunaan conference Dr Hayati-Mohon Maaf atas kekhilafan saya. Namun, saya bahagia berbagi dan menerima ilmu bersama-sama akak..pengalaman itu cukup manis, masih ingat kak, kita bertolak-tolak untuk menjadi presenter di Marriot Hotel, akhirnya orang lain menggantikan kita dan kita pulang tersesat jalan entah kemana-mana. Mujur..sampai juga ke UPM setelah berjam-jam di dalam kereta J
Kak Aini amirah yang manja dan disiplin sekali orangnya... dialah yang sentiasa menugaskan saya samada sebagai PC atau tukang masak atau penjaga kanak-kanak lewat program-program kami (itu saja yang layak) :p.. J tidak lupa juga dengan Ainol..pengalaman lari semasa tarian aspirasi, Poco-Poco minggu orientasi itu tak akan saya lupakan...masih saya inga,t saya perlu menari betul-betul di hadapan pelajar lelaki dari kolej 17, Ainol datang dan menarik tangan saya..perlahan kami menyusup dalam keramaian itu untuk melarikan diri..dalam gementar yang teramat, saya mengikutnya berjumpa dengan senior PMI di kolej 12. Makan-makan di dalam kereta kancil Kak Najah dengan rasa bersalah dan juga gelabah yang tidak sedikit..akibatnya, saya demam hampir seminggu. Demam Gelabah. J
Begitu juga dengan abang-abang, kakak-kakak, sahabat-sahabat dan adik-adik saya dari keluarga besar PKPIM, ABIM, KBM, PBM, PMI, KARISMA, Hanan, Risalah, IKATAN dan juga sahabat-sahabat di utara yang tidak tersebutkan..anda semua sentiasa di ingatan saya, cuma kata-kata tidak terungkap...bukan kerana mendapat kawan-kawan baru di sini...yang baru tidak menggantikan yang lama...saya percaya Allah menciptakan ruang yang begitu banyak di hati kita untuk menyanyangi dan menempatkan seluruh manusia di dalamnya...sungguh, saya sayang anda semua kerana Allah..:) Moga ini akan mengubat kerinduan kita...untuk mereka-mereka yang terasa diabaikan oleh saya :P, aktifkan diri anda, silalah hubungi saya ( ruhul_syahidah@yahoo.com.my) kirimkanlah khabar berita dan nombor telefon terbaru anda..boleh jadi saya telah kehilangan nombor telefon anda sebelum ini.. :)
Allah Ta’ala A’lam...
Alhamdulillah, urusan itu telah menemukan benderangnya.. Semoga ALLAH menjaga terangnya dari usikan hembus angin.. Semoga Allah menjaga terangnya dari pukulan deras badai...Sementara diri ini menyalakan sumbu-sumbu lainnya..J