
Adakah kejayaan yang boleh dikecapi begitu? Percuma? Sudah tentu tiada… Untuk memperoleh kejayaan, buah mulanya adalah usaha. Itu yang memperkayakan kita di sisi Allah mahupun manusia…Natijah dari usaha itu milik Allah. Jika benar, bahagian anda dalam bentuk kekayaan material, pasti.. Kekayaan itulah yang bakal anda kecapi. Tapi, mungkin saja kan, ianya datang dalam wajah yang berbeza…tenang jiwa barangkali..mungkin juga kaya barakah..barakah yang menghantar kepada anda kekayaan lainnya…wah, 2 kali kaya (^_~) Tetapi, jika pekerjaan anda tidak mulai dengan usaha, anda bukan sahaja miskin di sisi Allah, bahkan di sisi manusia. Alangkah ruginya anda. Benarlah amaran Allah...Benarlah janji Allah.. “orang yang rugi ialah orang yang merugikan dirinya sendiri..”
Tetapi, tidak sedikit di antara kita yang menjadikan dirinya orang yang rugi…Ramai yang mahu mendapat kesenangan dengan cara paling mudah, kalau boleh biar bergolek seperti bola. Biar melayang seperti debu di udara. Sedangkan, Allah telah berjanji bahawa nasib manusia akan berubah sekiranya kita berusaha untuk mengubahnya. Law of nature (sunnatullah) juga menyediakan jawapan nyata, mereka yang berusaha (tanpa putus asa) tidak akan kecewa. Tetapi, mereka yang culas akan tewas.. Lihatlah dengan saksama, orang yang berjaya di sekeliling kita melalui tahap bangun jatuh dan penghinaan yang pelbagai. Namun, mereka tidak berhenti berjuang. Mereka bermimpi dan berusaha menghidupkan mimpinya menjadi nyata. Tetapi, orang yang tidak mahu berusaha bermimpi dan menolak untuk terjaga semula. Akhirnya, mereka seolah-olah hidup dalam dimensi berbeza dan jauh ketinggalan dalam mimpi-mimpinya. Orang-orang sebegini umpama mendongak melihat ke bangunan tinggi. Puncaknya di hujung mata, terlihat, namun tangannya tak tergapai…untouchable.
Eh, tapi saya terfikir. Mimpi-mimpi sebegini boleh dijual. Beribu-ribu orang sanggup membeli mimpi dengan harga jutaan dan ratusan orang dengan cerdas memperkemaskan mimpi ini menjadi program-program yang menarik. Beratus-ratus buku telah dikeluarkan

Belajarlah dari sejarah orang yang telah berjaya di sekeliling kita. Malah sangat berjaya di usia muda. Sebahagian mereka melihat realiti di sekeliling dan berusaha bersungguh-sungguh sesuai dengan kebolehan yang dimiliki. Hakikatnya, keberjayaan mahupun kekayaan ialah berusaha keras bukan keras berusaha. Tidak ada alasan menjadi kaya hanya dengan bermimpi dan memperkayakan para penjual mimpi. Berpijaklah di bumi nyata. Lihat di sekeliling kita, lihat di pasar-pasar, begitu ramai orang berusaha menawarkan barang dan jasa, mengerah butir-butir keringat menjadi kepingan ringgit. Tetapi, masih belum berjaya menggapai impian. Bagaimana mungkin dengan goyang-goyang kaki sahaja di rumah akan memenuhkan poket anda? Usah bicara soal strategi bisnis disini…Strategi anda tidak akan dapat melawan keadilan dan janji Allah. Jika benar anda mahu segera kaya, bangunlah, lantas berusaha gigih dan berdoa. Saat ini juga!
2
No comments:
Post a Comment