Assalamu’alaikum..
Akhirnya, saya kembali ke alam blog..:) Apa khabar dunia?? Ramai sahabat, sahabiah yang bertanya perkembangan penulisan saya. Kak Jumiah berkali-kali bertanya mengapa saya berhenti menulis? kata si Nila pula, blog saya sudah seperti hidup segan mati tak mahu dan bermacam-macam lagi...bukan begitu, saya si pucuk muda ini masih menulis, biarpun tidak segiat mana. Namun, lebih baik sedikit dari tiada, bukan? Lagipun, sedikit boleh jadi sesuatu yang cukup banyak bagi saya. Perkembangan terbaru, saya bersama dengan sahabat-sahabat JIM, dalam usaha ( masih di peringkat hampir pertengahan ) menghasilkan risalah ringkas untuk edaran 2 minggu sekali. Begitu juga dengan majalah Al-Mukhlisin bersama-sama The Quranic Group dan, tidak lupa juga UNIB..apa khabar ya UNIB? J sudah lama saya tidak bertanya khabar UNIB..Ini sedikit usaha kecil dengan sahabat-sahabat Ummah Aid...saya sekadar menghantar artikel kepada mereka..menempel, mengharap ’amal itu mendapat perhatian dan keihsanan dari Tuhan. Saya mendo’akan agar harapan dan usaha mulia sahabat-sahabat Ummah Aid itu dipermudahkan Allah. Begitu juga, saya mengharapkan kiriman do’a dari anda agar kerjabuat kita mendapat redha & bantuan Allah swt. J cik2, puan2, encik2 dan tuan2 guru saya dalam penulisan, yang sentiasa memberikan sokongan dan bertanya perkembangan penulisan saya-Kak Ina, Kak Zah, Kak Norimi, Kak Jumiah, Kak Sham, Abg Nuar, Abg Syakir, Abg Saufi, Abg Azim, Abg Khalid, Abg Saif, Abg Daus dan Abg Pijan, InsyaAllah..saya masih bersama-sama angkatan anda.. :O) terima kasih atas segala tunjuk ajar dan semangat. Do’a-do’a anda mengirimkan barakah menerbitkan kesungguhan di dalam diri saya untuk terus menulis...cumanya, sejak akhir-akhir ini, saya sendiri tidak pasti mengapa blog saya sudah jadi semacam anak tiri..tidak dipedulikan..:P ( mengapa anak tiri harus tidak dipedulikan? Anak tetap anak yang sentiasa ada ruang kepedulian untuknya) yang pasti..saya kini siap untuk menulis semula di sini...memandangkan saya semakin sukar bertemu dengan anda semua, kali ini saya bahagia untuk berkongsi kisah seorang Nadiah bersama anda...Moga ada barakahnya...insyaAllah..
Ramai juga kawan-kawan yang bertanya kemana saya menghilang...saya tidak kemana-mana, masih disini, bersama anda semua.. 3 hari yang lepas, saya menghubungi Kak Na di Sarawak. Bermula dengan itu, baru saya teringat, ada sahabat-sahabat yang terputus hubungan kerana saya telah menukar no tel yang baru... atau yang sebetulnya, atas kecuaian saya, sim card celcom yang digunakan dulu sudah hilang... dan kini saya menggunakan no digi- Pilihan yang Lebih Bijak J sayang sekali, nombor-nombor sahabat semasa di sekolah menengah-Ibrahim No 1 dan Matrikulasi Pahang-Matrikulasi Dalam Ingatan telah hilang. Mujur saya telah beringat-ingat sebelum ini dan membuat back-up..namun, masih banyak nombor yang telah hilang...
Apa khabar agaknya anak-anak usrah saya di kolej-kolej kediaman UPM dan UKM? Kini, saya merasakan seolah-olah ibu yang kehilangan anak-anaknya.. walau masih berhubung, ianya tetap tidak sama seperti sewaktu kita bertentang mata dan dapat bersentuhan menenangkan jiwa. Anda adik-adik yang terlalu istimewa, berjiwa berani, sihat naluri dan hidup rasa. Sejujurnya, banyak yang kita belajar dan terlalu banyak yang kakak pelajari dari anda..Sesungguhnya, kakak memohon keampunan dari Allah dan memohon maaf dari adik-adik sekalian sekiranya ada keculasan dan kelemahan kakak (dengan sengaja) dalam menyampaikan amanah...anda tahu, malah amat memahami bahawa kakak anda ini tidak dapat memberi banyak, namun telah menerima terlalu banyak dari anda. Terima kasih sayang, kerana menyediakan laluan untuk kita berlari ke syurga. Meski jalan ke kampung Syurga itu masih terlalu jauh, kita bersyukur jalan itu telah kita rintis, tinggal menghabiskannya dalam keizinan & keredhaan Allah. Mudah-mudahan kita berjumpa, berkampung dalam kemuliaan di atas sana. Amin..
Saya juga tertanya-tanya khabar berita Kak Wawa- azuwani (USM), telah lama saya mencari kemana kakak saya yang seorang ini menghilang. Saya merindui dan mengingati Kak Wawa sehingga termimpi-mimpi. Moga Kita berjumpa, berukhuwah semula.. Apa khabar Mawaddah dan Farhana di Johor Bharu, Fatin di Temerloh, Ain di Sungai Buloh, Suhila Sarwani di Pantai Dalam, Sarah di Banting dan Akma di Sabah? Aduh, saya benar-benar rindu anda semua...andai saja saya dapat terbang menemui anda! Begitu juga dengan sahabiah di Darun Najah (DN), Baitul Izzah (BI), Baitul Aishah (BA) ...Allahu Akbar..di mana saya boleh menjumpai kakak seperti anda semua..melalui pahit dan payah sehingga saya tidak merasai hari-hari yang berlalu semasa kita bersama.. Kak Sal, kakak saya yang sangat comel dan hemoi. Banyak perkara ’pelik’, ’comel’ dan ’nakal’ di malam hari yang kami lakukan bersama-sama, berdua..kenangan-kenangan itu membuatkan saya tersenyum sendiri. Kak Sal sentiasa menghiburkan saya..Usikan nakal saya tentang suaminya akan sentiasa di ingatan. Kini, semua itu menjadi modal kebahagiaan saya mengenangkan Kak Sal dan aura-aura cemburunya J Tidak lupa juga Zie dan Kak Diana yang selalu menjadi orang kuat saya jika ’dibuli’ oleh Kak Win dan Kak Sal. Mereka memancarkan semangat Kedahan yang begitu meluap-luap. Terima kasih kerana tidak pernah membuatkan saya berjauhan dari Kedah melalui cerita, bahasa, jiwa dan karaktor anda. Kak Win bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, saya merindui bihun sup dan nasi airnya..saya dahaga teh panas manis-manis buah Kak Win di tengah malam ketika kita belajar mahupun berkongsi cerita..:). Seolah-olah ternampak kelibat Kak Win yang paling rajin mengemas rumah dan menyusun atur perabot di DN. Tidak lupa, Abg Man (suami Kak Win) yang tidak jarang mengirim duit gajinya untuk warga DN makan besar. Jazakallahu Khairan Kathira.
Saya tidak pernah lupa pada Kak Ju yang kini berada di Tawau, Sabah. Kak Ju sudah mempunyai seorang cahaya mata yang subhanallah...sangat,sangat,sangat comel..Auni Auliya alias Juliana junior! Kak As, cikgu matematik yang bakal menimang cahaya mata bulan 12 ini- mudah-mudahan selamat dalam perlindungan Allah, Kak Na isteri Encik Solah yang lemah lembut mengajar saya membuat dadih, sehingga dadih itu kemudiannya menjadi sumber rezeki bagi saya-moga Allah membalas kebaikan itu dengan kebaikan yang lebih baik..Kak Ayu, sungguh tiada bahasa boleh menggambarkan kesabaran, kebaikan Kak Ayu kepada saya...Kak Ayu sanggup meminta tanah dari rumah seorang Indian uncle untuk menanam Pokok Duri Tujuh yang biasa saya jadikan ulam.. Hari itu, pulang ke rumah dari kuliah, saya lihat batang Duri Tujuh itu sudah ditanam di dalam pasu...Nur Idayu bt Abd Rasid itulah doktor peribadi, ibu, kakak, dan juga bank saya semasa sesak lagi terdesak. Sentiasa berbaik sangka dan mengajarkan kami semua berlapang dada. Dialah orangnya yang sentiasa santai merasionalkan saya. Sungguh hati saya luluh dengan kebaikan-kebaikannya...
Begitu juga Kak Su, superwoman, kamus bergerak saya yang bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Melaka minggu hadapan- Mabruk ’alaih, Kak Mariah yang sanggup datang ke DN walau pada malam hari semata-mata untuk belajar Adobe Photoshop dari saya- kesungguhan akak menjadi inspirasi kepada saya, Kak Fiesa yang sentiasa ceria, barangkali kesan dari minatnya membaca pelbagai buku motivasi, Kak Kathy yang seringkali membuatkan saya dan Kak Sal berfikir...tidak jarang menjadikan kami berdua kehairanan, Kak Nad minah Jepun yang bijak pandai. Saya tidak lupa bagaimana kita berhempas pulas menyiapkan bahan dan poster untuk kegunaan conference Dr Hayati-Mohon Maaf atas kekhilafan saya. Namun, saya bahagia berbagi dan menerima ilmu bersama-sama akak..pengalaman itu cukup manis, masih ingat kak, kita bertolak-tolak untuk menjadi presenter di Marriot Hotel, akhirnya orang lain menggantikan kita dan kita pulang tersesat jalan entah kemana-mana. Mujur..sampai juga ke UPM setelah berjam-jam di dalam kereta J
Kak Aini amirah yang manja dan disiplin sekali orangnya... dialah yang sentiasa menugaskan saya samada sebagai PC atau tukang masak atau penjaga kanak-kanak lewat program-program kami (itu saja yang layak) :p.. J tidak lupa juga dengan Ainol..pengalaman lari semasa tarian aspirasi, Poco-Poco minggu orientasi itu tak akan saya lupakan...masih saya inga,t saya perlu menari betul-betul di hadapan pelajar lelaki dari kolej 17, Ainol datang dan menarik tangan saya..perlahan kami menyusup dalam keramaian itu untuk melarikan diri..dalam gementar yang teramat, saya mengikutnya berjumpa dengan senior PMI di kolej 12. Makan-makan di dalam kereta kancil Kak Najah dengan rasa bersalah dan juga gelabah yang tidak sedikit..akibatnya, saya demam hampir seminggu. Demam Gelabah. J
Begitu juga dengan abang-abang, kakak-kakak, sahabat-sahabat dan adik-adik saya dari keluarga besar PKPIM, ABIM, KBM, PBM, PMI, KARISMA, Hanan, Risalah, IKATAN dan juga sahabat-sahabat di utara yang tidak tersebutkan..anda semua sentiasa di ingatan saya, cuma kata-kata tidak terungkap...bukan kerana mendapat kawan-kawan baru di sini...yang baru tidak menggantikan yang lama...saya percaya Allah menciptakan ruang yang begitu banyak di hati kita untuk menyanyangi dan menempatkan seluruh manusia di dalamnya...sungguh, saya sayang anda semua kerana Allah..:) Moga ini akan mengubat kerinduan kita...untuk mereka-mereka yang terasa diabaikan oleh saya :P, aktifkan diri anda, silalah hubungi saya ( ruhul_syahidah@yahoo.com.my) kirimkanlah khabar berita dan nombor telefon terbaru anda..boleh jadi saya telah kehilangan nombor telefon anda sebelum ini.. :)
Allah Ta’ala A’lam...
Alhamdulillah, urusan itu telah menemukan benderangnya.. Semoga ALLAH menjaga terangnya dari usikan hembus angin.. Semoga Allah menjaga terangnya dari pukulan deras badai...Sementara diri ini menyalakan sumbu-sumbu lainnya..J
No comments:
Post a Comment