Tuesday, November 11, 2008

~Pelajaran Besar Dari Si Kecil~


Pagi ini saya sempat menyaksikan kisah sang semut di Discovery Channel ( Lihat saluran 551, Astro ). Kisah si kecil semut ini menarik. Saya jadi teringat kata-kata abang saya di dapur suatu ketika , “Rakusnya semut ni”. Mungkin. Ini kerana semut sangat aktif mengumpulkan bahan makanan yang jauh lebih banyak dari usia yang akan dijalaninya.
Pernah anda dengar, apabila ada seeokor semut berjalan berputar-putar atau zigzag, sebenarnya semut itu on duty mencari bahan makanan untuk kelompoknya? Sekiranya ada makanan, sang semut tidak akan menghabiskannya atau mengangkatnya sendirian. Ia akan berputar-putar untuk mengukur dan menghitung, agak-agak berapa team semut yang diperlukan untuk mengangkat makanan tersebut.


Saya kira cerita yang pernah saya dengar ini, mainan atok-atok, cerita-cerita comel sebagai hiburan untuk disampaikan pada anak cucu. Tapi, rupa-rupanya kenyataan itu disokong oleh insectologist yang saya lihat di Discovery Channel. Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat makanan, sang semut akan berjalan lurus dengan melepaskan sejenis chemical melalui ekornya. Itulah yang menjadi navigation line bagi semut pekerja yang akan melaluinya dengan disiplin. Hanya jalan itu sahajalah yang akan dilaluinya. Hanya itu.


Tidak percaya? Anda boleh cuba meletakkan sekeping cokelat atau taburan gula di tepi garisan semut itu. Mereka tidak akan tergoda. Dengan begitu tepat mereka menggunakan intuisinya yang mengajarkan kepada manusia, inilah namanya disiplin. Mereka tidak bersuara, namun bekerja. Mereka menimbun logistik untuk musim yang lebih panjang dari usia mereka, bukan untuk kepentingan diri. Di sini, sifat individualistik tiada tempat sama sekali. Agenda besarnya ialah agenda bangsa. Maka segala apa yang dilakukan adalah untuk kaum dan bangsanya ( bangsa semut? ;p ).


Bagi sang semut, tujuan dan sasaran mereka jelas. Amal jama’i mereka mantap, disiplin mereka tinggi. Entah bagaimana, seeokor semut telah siap dengan kepala dan taring yang besar untuk memenggal kepala semut yang terangsang mengambil makanan di luar navigation line. Lihat, betapa mahal harga yang perlu dibayar akibat tindakan liar semut yang engkar.


Itulah Naml. Semut yang disebut-sebut di dalam Kitabullah. Ada lagi sejenis binatang yang juga dimuliakan Allah di dalam kitab sucinya. Itulah Nahl (lebah). Sejenis serangga yang ‘bersuara’, yang diperintahkan untuk membangunkan tempat tinggal di gunung-gunung, di pohon-pohon dan rumah-rumah manusia (an-Nahl:68) Mereka diperintahkan untuk memakan makanan yang baik-baik dan menghasilkan yang baik-baik lagi berguna untuk kesihatan dan penyembuhan. Mereka berdengung di sarang seperti pasukan mujahid muslim di zaman Rasulullah saw, mendengungkan zikir di malam hari setelah sepanjang siang hari mereka hidup dengan semangat dan kesungguhan jihad membela kebenaran. Mereka, si kecil yang sama sekali tidak suka menganggu, namun anda jangan cuba-cuba mengganggu, mereka akan datang full team untuk memberi peringatan, membalas setiap serangan!

Begitulah muslim. Muslim yang tidak bersengat bekerja seperti semut dan yang sudah bersengat berjuang bagaikan lebah. Adakah kita muslim itu? Atau sekurang-kurangnya salah satu dari kedua-dua itu? Kita mampu menjawapnya dengan jujur...

Allah Ta’ala A’lam

No comments: