Ghada El Tawil
Begitu banyak yang boleh dibicarakan tentang hijab, sebanyak manfaat yang boleh diambil dari perintah kewajipan berhijab DENGAN SEMPURNA. Saya sekadar menyentuh sedikit dari sekian banyak ranting-ranting kupasan berkenaan hijab ( baca lebih lanjut tentang hijab : http://hamimanhamima.blogspot.com/). Secara peribadinya saya berpendapat hijab dan kesucian adalah dua nilai luhur yang selalu berdampingan di tengah masyarakat. Hijab adalah aspek zahir, sementara kesucian adalah kondisi batin yang memiliki kerencaman dimensi. Hijab bagi wanita muslimah adalah pilihan untuk menyucikan masyarakat, memperkukuhkan keluarga, memelihara harga diri dan posisi wanita. Di samping itu, hijab diwajibkan Allah swt untuk mengatasi masalah yang universal dan mendasar. Islam ingin membatasi segala bentuk kelazatan seksual, secara visual, sentuhan dan lain-lain hanya terbatas di lingkungan keluarga dan dalam ikatan pernikahan yang rasmi. Kaum wanita muslimah diperbolehkan berkumpul dengan lelaki bukan muhrimnya ketika bekerja dan beraktiviti sosial mahupun untuk kerjabuat agama. Dengan itu, hijab adalah kewajipan yang mampu menciptakan masyarakat yang sihat dan terjaga dari pereputan moral akibat percampuran lelaki dan wanita yang dibolehkan syara’.
Sebagai manfaat kepada wanita, hijab dapat meminimumkan perlecehan terhadapnya. Ada disebutkan di dalam hadith-hadith nabi, wanita ibarat setangkai bunga yang mewangi harum yang penuh kelembutan. Oleh kerana itu, kelembutan dan kesucianya harus sentiasa terjaga. Dalam konteks penjagaan inilah Allah swt menurunkan wahyunya melalui surah Al-ahzab, ayat 59.
Oleh itu, hijab bukanlah sesuatu yang perlu di takuti. Hijab sama sekali tidak membataskan seorang wanita melakukan pekerjaan rutinnya. Seperti kata Ghada, hijab sama sekali tidak menghalang kebolehannya untuk menyampaikan berita. Tidak sama sekali menghilangkan kebolehannya berkata-kata. Di sini, saya kira hijab adalah penegasan nyata untuk menjaga nilai-nilai spiritual dan aspek penting dalam misi menghidupkan kembali sistem moral. Lebih dari itu, hijab adalah kewajipan, bukannya pilihan!
Namun, larangan berhijab ini bukanlah perkara asing bagi kita akhir-akhir ini. Begitu masyarakat Islam terkesan sehingga Hari Hijab Sedunia telah diisytiharkan pada 4 September setiap tahun. Berkali-kali kita berhadapan dengan isu diskriminasi hijab (hakikatnya dskriminasi agama) ini berlaku di Perancis, Belanda mahupun mana-mana negara minoriti muslim lainnya. Malah saya percaya, di negara-negara majoriti muslim juga berlaku kes-kes sebegini, namun tidak begitu diangkat ke permukaan. Saya amat percaya, Malaysia juga tidak terkecuali! Saya sendiri berpengalaman tidak dibenarkan masuk ke Dewan Kuliah Pusat hanya kerana pada hari itu saya berjubah, tidak memakai pakaian rasmi negara (berbaju kurung). Hakikatnya, mengenakan pakaian muslimah bukanlah pokok persoalannya. Ini sekadar ketidakselesaan rasa atas perlambangan agama yang ditunjukkan. Ini adalah buah dari kejahilan dan serangan pemikiran ke atas umat ini sehingga melihat hodoh perkara fundamental Islam. Walau bagaimanapun, kisah Ghada dan Haia ini begitu menggetarkan kerana ianya berlaku di bumi kinanah, tanah pijak para anbiya’- Mesir yang mana majoriti penduduknya beragama Islam, dengan hampir 70% dari wanita muslimahnya mengenakan hijab.
Dari satu sisi, kita perlu mengakui bahawa serangan kapitalisasi dalam era post-modenisme dan neo-kolonialisme ini telah membuahkan pelbagai mazhab ‘isme’ lainnya yang menjadi pegangan dunia. Serangan pemikiran sebeginilah yang mewajahkan Islam sebagai sebuah ancaman merbahaya dan perlu dinyah-hapuskan sama sekali. Wanita dalam arus ini pula, tidak lain hanya sebagai komoditi seksual dan ekonomi. Tidak kurang, mereka dibonekakan sebagai sebuah pemanfaatan sosial. Namun, dari sisi lainnya, tidak dapat tidak kita perlu menerima bahawa inilah situasi ghurbah yang disebutkan baginda kesayangan, Rasullah saw. Keterasingan Islam pada hari ini, bukan sekadar sebuah kejelikkan bagi golongan kafir, bahkan Islam juga merupakan sebuah penolakan nyata bagi sebahagian umat Islam. Namun begitu, realiti ini bukanlah tiket untuk tidak berbuat. Agenda berbuat adalah pilihan Ghada dan Haia. Ia juga perlu menjadi pilihan kita kerana keseluruhan kita adalah al-Ghuraba’ di zaman ini.
Allah Ta’ala A’lam.
Ghada dan Haia. Kedua-duanya adalah penyampai berita di stesyen televisyen Mesir. Mereka perlu diberikan pujian. Kesediaan menanggung risiko dibuang kerja akibat pilihan untuk berhijab bukanlah sesuatu yang kecil. Cukup besar, apatah lagi pilihan itu dibuat dalam arena ni, di dunia yang begitu mendiskriminasikan sebarang perlambangan agama, apatah lagi apabila agama itu dibawa ke daerah praktikaliti. Kalau boleh, agama itu biar ditempatkan di sisi yang paling private. Antara nampak dan tidak. Begitu membaca kisah mereka di dalam akhbar Metro 2 hari lalu, saya cukup kagum. Tidak sekadar melepaskan diri, mereka tegar membawa kes hijab ini sehingga ke peringkat tertinggi yang bakal menjadi proksi kemenangan wanita muslimah. InsyaAllah, pilihan mereka adalah pilihan untuk menjadi benar dan ketinggian keyakinan kepada Allah-lah yang menjadi sandarannya.
Begitu banyak yang boleh dibicarakan tentang hijab, sebanyak manfaat yang boleh diambil dari perintah kewajipan berhijab DENGAN SEMPURNA. Saya sekadar menyentuh sedikit dari sekian banyak ranting-ranting kupasan berkenaan hijab ( baca lebih lanjut tentang hijab : http://hamimanhamima.blogspot.com/). Secara peribadinya saya berpendapat hijab dan kesucian adalah dua nilai luhur yang selalu berdampingan di tengah masyarakat. Hijab adalah aspek zahir, sementara kesucian adalah kondisi batin yang memiliki kerencaman dimensi. Hijab bagi wanita muslimah adalah pilihan untuk menyucikan masyarakat, memperkukuhkan keluarga, memelihara harga diri dan posisi wanita. Di samping itu, hijab diwajibkan Allah swt untuk mengatasi masalah yang universal dan mendasar. Islam ingin membatasi segala bentuk kelazatan seksual, secara visual, sentuhan dan lain-lain hanya terbatas di lingkungan keluarga dan dalam ikatan pernikahan yang rasmi. Kaum wanita muslimah diperbolehkan berkumpul dengan lelaki bukan muhrimnya ketika bekerja dan beraktiviti sosial mahupun untuk kerjabuat agama. Dengan itu, hijab adalah kewajipan yang mampu menciptakan masyarakat yang sihat dan terjaga dari pereputan moral akibat percampuran lelaki dan wanita yang dibolehkan syara’.
Sebagai manfaat kepada wanita, hijab dapat meminimumkan perlecehan terhadapnya. Ada disebutkan di dalam hadith-hadith nabi, wanita ibarat setangkai bunga yang mewangi harum yang penuh kelembutan. Oleh kerana itu, kelembutan dan kesucianya harus sentiasa terjaga. Dalam konteks penjagaan inilah Allah swt menurunkan wahyunya melalui surah Al-ahzab, ayat 59.
Oleh itu, hijab bukanlah sesuatu yang perlu di takuti. Hijab sama sekali tidak membataskan seorang wanita melakukan pekerjaan rutinnya. Seperti kata Ghada, hijab sama sekali tidak menghalang kebolehannya untuk menyampaikan berita. Tidak sama sekali menghilangkan kebolehannya berkata-kata. Di sini, saya kira hijab adalah penegasan nyata untuk menjaga nilai-nilai spiritual dan aspek penting dalam misi menghidupkan kembali sistem moral. Lebih dari itu, hijab adalah kewajipan, bukannya pilihan!
Namun, larangan berhijab ini bukanlah perkara asing bagi kita akhir-akhir ini. Begitu masyarakat Islam terkesan sehingga Hari Hijab Sedunia telah diisytiharkan pada 4 September setiap tahun. Berkali-kali kita berhadapan dengan isu diskriminasi hijab (hakikatnya dskriminasi agama) ini berlaku di Perancis, Belanda mahupun mana-mana negara minoriti muslim lainnya. Malah saya percaya, di negara-negara majoriti muslim juga berlaku kes-kes sebegini, namun tidak begitu diangkat ke permukaan. Saya amat percaya, Malaysia juga tidak terkecuali! Saya sendiri berpengalaman tidak dibenarkan masuk ke Dewan Kuliah Pusat hanya kerana pada hari itu saya berjubah, tidak memakai pakaian rasmi negara (berbaju kurung). Hakikatnya, mengenakan pakaian muslimah bukanlah pokok persoalannya. Ini sekadar ketidakselesaan rasa atas perlambangan agama yang ditunjukkan. Ini adalah buah dari kejahilan dan serangan pemikiran ke atas umat ini sehingga melihat hodoh perkara fundamental Islam. Walau bagaimanapun, kisah Ghada dan Haia ini begitu menggetarkan kerana ianya berlaku di bumi kinanah, tanah pijak para anbiya’- Mesir yang mana majoriti penduduknya beragama Islam, dengan hampir 70% dari wanita muslimahnya mengenakan hijab.
Dari satu sisi, kita perlu mengakui bahawa serangan kapitalisasi dalam era post-modenisme dan neo-kolonialisme ini telah membuahkan pelbagai mazhab ‘isme’ lainnya yang menjadi pegangan dunia. Serangan pemikiran sebeginilah yang mewajahkan Islam sebagai sebuah ancaman merbahaya dan perlu dinyah-hapuskan sama sekali. Wanita dalam arus ini pula, tidak lain hanya sebagai komoditi seksual dan ekonomi. Tidak kurang, mereka dibonekakan sebagai sebuah pemanfaatan sosial. Namun, dari sisi lainnya, tidak dapat tidak kita perlu menerima bahawa inilah situasi ghurbah yang disebutkan baginda kesayangan, Rasullah saw. Keterasingan Islam pada hari ini, bukan sekadar sebuah kejelikkan bagi golongan kafir, bahkan Islam juga merupakan sebuah penolakan nyata bagi sebahagian umat Islam. Namun begitu, realiti ini bukanlah tiket untuk tidak berbuat. Agenda berbuat adalah pilihan Ghada dan Haia. Ia juga perlu menjadi pilihan kita kerana keseluruhan kita adalah al-Ghuraba’ di zaman ini.
Allah Ta’ala A’lam.
No comments:
Post a Comment